Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Duta Malaysia ke Iran Mohammad Sadegh Bin Katargani berkata bahawa bangsa Iran dan Malaysia mempunyai budaya yang dekat sehingga daya tariknya membantu membantu memajukan ikatan bilateral

Mohammad Sadegh berkata kepada kepada Agensi Berita Iran (IRNA), Malaysia dan Iran adalah negara Islam yang mempunyai hubungan persaudaraan.

Sambil menceritakan hubungan baik antara Tehran - Kuala Lumpur, beliau mengatakan bahawa tiada halangan untuk memajukan hubungan dua hala. "Saya gembira melihat ramai warga Iran yang melawat negara saya dan ramai warga Iran tinggal di sana", kata diplomat tersebut.

Merujuk kepada kekayaan budaya Iran, beliau menyatakan Iran adalah negara besar yang kaya dengan budaya namun Malaysia tidak mempunyai maklumat yang banyak tentang Iran.

Warga Iran yang belajar di Malaysia boleh memperkenalkan budayanya kepada rakyat Malaysia, menurut beliau.

Ketika ditanya tentang program yang membantu memajukan kerjasama ekonommi, dia berkata negaranya (Malaysia) bermurah hati untuk meluaskan ikatan ekonomi dengan republik Islam Iran.

Sejumlah besar usahawan dan saudagar Malaysia telah terlibat dalam Tehran International Trade Fair, menurut beliau.

Negara Malaysia merupakan sebuah negara Raja Berpelembagaan di Asia tenggara. Ia mempunyai 13 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan.

Negara ini dipisahkan menjadi dua bahagian oleh Laut China Selatan iaitu semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo (Dikenali juga sebagai Malaysia timur dan Malaysia Barat).

Ibu negaranya ialah Kuala Lumpur sementara Putrajaya diduduki kerajaan persekutuan.